Thursday, January 5, 2012

BOLA TAMPAR


Bola tampar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.



















PASUKAN BOLATAMPAR DEWAN ( LELAKI ) MALAYSIA KE SUKAN SEA, LAOS 2009
Seramai 15 orang pemain bola tampar telah dipilih untuk menjalani latihan pusat bermula pada 17 Ogos 2009 dibawah kelolaan jurulatih dari Thailand iaitu En. Suntorn Phoseeta, dan dibantu oleh Penolong Jurulatih En. Tang Boon Tai serta pelatih En. Zulkifly Azmi. Latihan diadakan di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4.
Pasukan Bola Tampar Dewan ( Lelaki ) Malaysia ini diuruskan oleh Pengurus yang berkalibar iaitu En. Haniff Basree Abd. Rahman dan dibantu oleh En. Mohd Nasir Yusoff.
Menurut En. Haniff pasukan ini akan diuji tahap pemaianan setelah menjalani latihan pusat pada Kejohanan Piala Menteri Besar Negeri Sembilan pada 30 Oktober hingga 1 November 2009 dan pada Kejohonan Bolatampar Antarabangsa anjuran Kelab V3 Muar, Johor.
Setelah perlawanan di Muar, seramai 12 orang akan dipilih untuk mewakili Malaysia dan 3 orang akan digugurkan. Pasukan ini juga akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan atau Kelab di Taiwan bermula pada18 - 25 November 2009 sebelum ke Laos.









SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yangmempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukanYMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan ini ialah‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanyadiperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut:
1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.
1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.1916 - Undang – undang permainan diterbitkan.
1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.
1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan padaketinggian 2.4 meter.
1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.
1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.
1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.
1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar.
1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. 
1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukandalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.
Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kongdan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu danSingapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masaitu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan padatahun 1959.Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukansekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM).

Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yanglain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat darisegi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yangditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan caranatural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang

Sukan bola tampar boleh berkubur
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) melahirkan kebimbangan sukan bola tampar di negara ini akan terus dilupakan jika sekiranya sukan itu disingkirkan dari Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka, tahun depan.
Naib Presiden Mava Mohd Nasir Yusof berkata Mava akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam masa terdekat bagi mengemukakan rayuan supaya sukan bola tampar dipertandingkan dalam kejohanan dwitahunan itu.
"Mava melihat masa depan sukan bola tampar akan hancur sekiranya sukan itu tetap tidak disenarai untuk dipertandingkan dalam Sukma tahun depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nasir yang juga Presiden Persatuan Bola Tampar Negeri Terengganu (Tava) berkata, Mava telah mengadakan perjumpaan dengan persatuanpersatuan bola tampar negeri yang bergabung dengan Mava dan bersepakat untuk menemui menteri bagi membincangkan tentang perkara itu.
Negerinegeri berkenaan ialah Terengganu, Melaka, Kedah, Johor, Selangor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nasir berkata Mava bimbang sekiranya menteri yang berkenaan juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini, kemungkinan sukan bola tampar akan berkubur dan tidak lagi mendapat sambutan di negara ini.
Mengulas lanjut, Nasir berkata Mava bersedia membantu sekretariat Sukma dalam apa juga hal melibatkan sukan itu sekiranya mereka tidak mempunyai kepakaran dalam pengajuran sukannya.
Nasir berkata beliau difahamkan bahawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rostam bersetuju untuk memasukkan acara bola tampar di Sukma selepas Persatuan Bola Tampar Melaka merayu.
Bagaimanapun, beliau berkata kata pemutus perkara tersebut akan ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Sukma yang dijadualkan akan bersidang dalam tempoh terdekat.
"Cuma menteri sahaja yang dapat menyelamatkan sukan bola tampar daripada menempuh zaman kegelapan," katanya. 

Followers