Bola tampar
Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan
oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain
untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan
memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh
ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal
mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan
memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh
pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum
berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.
PASUKAN BOLATAMPAR DEWAN ( LELAKI ) MALAYSIA KE SUKAN SEA, LAOS
2009
Seramai 15 orang pemain bola
tampar telah dipilih untuk menjalani latihan pusat bermula pada 17 Ogos 2009
dibawah kelolaan jurulatih dari Thailand iaitu En. Suntorn Phoseeta, dan
dibantu oleh Penolong Jurulatih En. Tang Boon Tai serta pelatih En. Zulkifly
Azmi. Latihan diadakan di Dewan Bola Tampar MBSA Seksyen 4.
Pasukan Bola Tampar Dewan (
Lelaki ) Malaysia ini diuruskan oleh Pengurus yang berkalibar iaitu En. Haniff
Basree Abd. Rahman dan dibantu oleh En. Mohd Nasir Yusoff.
Menurut En. Haniff pasukan ini
akan diuji tahap pemaianan setelah menjalani latihan pusat pada Kejohanan Piala
Menteri Besar Negeri Sembilan pada 30 Oktober hingga 1 November 2009 dan pada
Kejohonan Bolatampar Antarabangsa anjuran Kelab V3 Muar, Johor.
Setelah perlawanan di Muar,
seramai 12 orang akan dipilih untuk mewakili Malaysia dan 3 orang akan
digugurkan. Pasukan ini juga akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan
dengan pasukan atau Kelab di Taiwan bermula pada18 - 25 November 2009 sebelum
ke Laos.
SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang
pertama yangmempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang
pengarah sukanYMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal
permainan ini ialah‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan
nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896.Sejak
diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu permainan rekreasi
yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanyadiperkenalkan
pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting
yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut:
1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.
1912 - system
‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.1916 - Undang – undang permainan
diterbitkan.
1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.
1918 - Bilangan pemain
ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan padaketinggian
2.4 meter.
1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.
1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.
1923 - Saiz gelanggang 9
meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.
1947 - IVBF
(International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola
tampar.
1949 - Kejohanan bola
tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague.
1964 - Permainan
bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukandalam
Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.
Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari
Hong Kongdan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan
persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau
Pinang,Kuala Lumpeu danSingapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan
di Tionghua yang wujud pada masaitu.Di Malaysia,permainan bola
tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball
Association) yang ditubuhkan padatahun 1959.Permainan ini adalah salah
satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukansekolah di bawah
kelolaan Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM).
Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan
permainan bola yanglain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling.
Ciri unik ini dapat dilihat darisegi cara bola itu dimainkan oleh
pesertanya.Kemahiran menghantar bola yangditunjukkan oleh pemain-pemain dalam
permainan ini adalah luar biasa dan bukan caranatural yang biasa kelihatan
dalam aktiviti yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan permainan ini
dilakukan dari luar gelanggang
Sukan bola tampar boleh berkubur
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava)
melahirkan kebimbangan sukan bola tampar di negara ini akan terus dilupakan
jika sekiranya sukan itu disingkirkan dari Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di
Melaka, tahun depan.
Naib Presiden Mava Mohd Nasir Yusof berkata Mava akan mengadakan
perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam masa
terdekat bagi mengemukakan rayuan supaya sukan bola tampar dipertandingkan
dalam kejohanan dwitahunan itu.
"Mava melihat masa depan sukan bola tampar akan hancur
sekiranya sukan itu tetap tidak disenarai untuk dipertandingkan dalam Sukma
tahun depan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nasir yang juga Presiden Persatuan Bola Tampar Negeri Terengganu
(Tava) berkata, Mava telah mengadakan perjumpaan dengan persatuanpersatuan bola
tampar negeri yang bergabung dengan Mava dan bersepakat untuk menemui menteri
bagi membincangkan tentang perkara itu.
Negerinegeri berkenaan ialah Terengganu, Melaka, Kedah, Johor,
Selangor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau
Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nasir berkata Mava bimbang sekiranya menteri yang berkenaan juga
tidak dapat menyelesaikan masalah ini, kemungkinan sukan bola tampar akan
berkubur dan tidak lagi mendapat sambutan di negara ini.
Mengulas lanjut, Nasir berkata Mava bersedia membantu
sekretariat Sukma dalam apa juga hal melibatkan sukan itu sekiranya mereka
tidak mempunyai kepakaran dalam pengajuran sukannya.
Nasir berkata beliau difahamkan bahawa Ketua Menteri Melaka
Datuk Seri Ali Rostam bersetuju untuk memasukkan acara bola tampar di Sukma
selepas Persatuan Bola Tampar Melaka merayu.
Bagaimanapun, beliau berkata kata pemutus perkara tersebut akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Induk Sukma yang dijadualkan akan bersidang dalam
tempoh terdekat.
"Cuma menteri sahaja yang dapat menyelamatkan sukan bola
tampar daripada menempuh zaman kegelapan," katanya.
No comments:
Post a Comment